Syarat Sah Solat

Penerangan: 1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil . 2. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis . 3. Menutup aurat . Aurat wanita Aurat lelaki 4. Mengetahui masuk waktu solat . Masuknya waktu solat fardhu dapat diketahui dengan: Mendengar azan dari masjid berdekatan atau melalui siaran radio dan televisyen tempatan. Menggunakan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan Islam negeri. Melihat tanda-tanda alam yang menunjukkan masuknya waktu solat fardhu. 5. Menghadap kiblat . Kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem. Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini. Terdapat beberapa kaedah untuk menentukan arah kiblat, antara kaedah yang saya fahami adalah seperti berikut: a. Is...