Syarat Sah Solat
Penerangan:
1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
2. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis.
3. Menutup aurat.
![]() |
Aurat wanita |
![]() |
Aurat lelaki |
4. Mengetahui masuk waktu solat.
Masuknya waktu solat fardhu dapat diketahui dengan:
- Mendengar azan dari masjid berdekatan atau melalui siaran radio dan televisyen tempatan.
- Menggunakan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan Islam negeri.
- Melihat tanda-tanda alam yang menunjukkan masuknya waktu solat fardhu.
5. Menghadap kiblat.
Kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem. Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini.
Terdapat beberapa kaedah untuk menentukan arah kiblat, antara kaedah yang saya fahami adalah seperti berikut:
a. Istiwa' atas Kaabah
Kejadian matahari istiwa' iaitu ketika matahari berada tepat di atas Kaabah berlaku dua kali
setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai,
kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa' di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
b. Buruj Bintang
Arah kiblat pada buruj Orion/ Belantik |
![]() |
Buruj Orion/ Belantik di langit |
Buruj bintang ialah satu kumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit yang hampir sama dan kelihatan berdekatan di antara satu sama lain. Antara buruj yang memberi petunjuk terus ke arah kiblat ialah buruj Orion yang dikenali juga sebagai buruj Al-Babadur atau Belantik. Buruj ini mudah dikesan kerana terdiri daripada 3 bintang terang yang berkedudukan sejajar (berderetan) iaitu Al Nitak, Al-Nilam dan Mintaka serta dikelilingi oleh beberapa bintang lain yang cerah. Arah kiblat bagi penduduk Malaysia dan negara sekitar dapat ditentukan dengan mengunjurkan ketiga-tiga bintang tersebut ke arah barat. Buruj Orion berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit ketika tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac pula,
buruj ini berada di tengah langit pada waktu Maghrib.
buruj ini berada di tengah langit pada waktu Maghrib.
c. Menggunakan kompas
![]() |
Kompas kiblat |
![]() |
Kompas Silva |
![]() |
Kompas Analog |
Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Alat ini menggunakan medan
magnet bumi untuk menentukan arah sebenar di muka bumi. Ianya juga boleh
digunakan untuk mencari arah kiblat iaitu dengan menggunakan sudut
darjah arah kiblat di Malaysia iaitu di antara 291 ke 293 darjah. Cara menggunakan kompas boleh rujuk di sini.
![]() | ||
Arah kiblat di Malaysia di antara 291 ke 293 darjah |
d. Menggunakan aplikasi pada telefon pintar dengan capaian GPS
Terdapat banyak aplikasi pada telefon pintar untuk menentukan arah kiblat tetapi pengguna perlu berhati-hati agar tidak mengikut aplikasi yang menunjukkan arah kiblat yang salah kerana syarat sah solat adalah mengikut arah kiblat yang tepat. Antara aplikasi yang diyakini adalah Qiblafinder oleh Google kerana ianya menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dengan menggunakan GPS. menghala terus ke Kaabah dari lokasi semasa kita. Aplikasi ini mudah digunakan dan tidak perlu didownload.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
1. Klik link https://qiblafinder.withgoogle.com. Aplikasi akan dibuka melalui browser.
2. Klik Let's Go. Boleh pilih bahasa melayu juga.
3. Lokasi ditetapkan secara automatik. Klik Got it.
4. Arah dan jarak Kaabah akan dipaparkan. Halakan kamera phone ke arah ikon Kaabah yang ditunjukkan.
5. Arah Kiblat disahkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca. Terima kasih.
Comments
Post a Comment